Seo Services

Abg Jo Cadang Sarawak Jadi Hab Industri Gas Negara


KUCHING: Kerajaan negeri sudah memohon kepada kerajaan persekutuan untuk mempertimbangkan Sarawak sebagai hab industri gas negara terutama di Bintulu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sekiranya Sarawak dijadikan sebagai hab industri gas negara, secara tidak langsung rakyat negeri ini dapat terlibat dalam industri minyak dan gas termasuk aktiviti hiliran serta huluan.

“Saya mencadangkan kepada kerajaan persekutuan dan Petronas mengenai perkara ini,, memandangkan simpanan minyak dan gas kita khasnya di Baram masih banyak.

“Maka itu kita mahu Petronas menjadikan Bintulu sebagai hab gas sama seperti di Pengerang, Johor Bahru yang dijadikan hab industri hiliran minyak dan gas, dan saya mahu Sarawak mempunyai hab gas iaitu Bintulu,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap semua pengeluaran berasaskan gas sehingga industri hiliran akan ditempatkan di Sarawak, yang mempunyai persekitaran dan infrastruktur sebagai hab. – Sarawakiana

Abg Jo Cadang Sarawak Jadi Hab Industri Gas Negara Abg Jo Cadang Sarawak Jadi Hab Industri Gas Negara Reviewed by uMieySurianie on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.