BERLIN: Sekeping syiling emas seberat 100 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1 juta (RM4.42 juta) dipercayai telah dicuri dari Muzium Bode di sini hari ini.
Media tempatan melaporkan, syiling ‘Big Maple Leaf’ yang memaparkan wajah Ratu Elizabeth II itu dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada 2007 sebagai syiling peringatan.
Sementara itu, polis Jerman menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Twitter percaya pencuri tersebut menggunakan tangga untuk menceroboh muzium terbabit selepas menjumpainya ditinggalkan berhampiran sebuah landasan kereta api di situ. - Utusan Malaysia
Jerman: Syiling Emas 100 Kilo Dicuri Dari Muzium
Reviewed by uMieySurianie
on
March 28, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 28, 2017
Rating:

No comments: