BALAI RINGIN : Jalan menuju ke Kampung Tuba yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan.
Beberapa bahagian jalan tersebut tertimbus selepas berlaku tanah runtuh.
Beberapa bahagian jalan tersebut tertimbus selepas berlaku tanah runtuh.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, banjir di kawasan tersebut selepas hujan turut tanpa henti menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
"Ketika ini jalan menuju ke Kampung Tuba tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan kerana berlaku runtuhan," katanya.
Menurutnya, agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah diarahkan untuk menjalankan kerja pembersihan dengan segera.
"Jalan ini amat penting bagi penduduk terutama untuk pergi klinik dan menjalankan urusan harian dengan lancar," ujarnya.-Sarawakiana
Kampung Tuba Terputus Hubungan
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: