Seo Services

Snowdan Lawat Mangsa Banjir Di Balai Ringin



BALAI RINGIN : Penduduk lima buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin mengalami kerugian selepas tanaman dan harta benda milik mereka musnah dalam kejadian banjir kilat.

Prihatin dengan nasib menimpa mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan segera pergi ke Kampung Muding untuk melihat sendiri keadaan di kampung terjejas.

Menurutnya, banjir kilat jarang berlaku di kampung terbabit, kali terakhir mungkin 100 tahun lepas berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan.

"Walaupun banjir di Kampung Muding berlaku tidak lama, banyak tanaman dan harta benda penduduk rosak," katanya.

Snowdan mengumumkan peruntukan RM10,000 yang merupakan bantuan awal kepada penduduk yang terjejas.-Sarawakiana
Snowdan Lawat Mangsa Banjir Di Balai Ringin Snowdan Lawat Mangsa Banjir Di Balai Ringin Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.