Seo Services

Liverpool Tawar Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2022



LONDON: Liverpool menawar diri untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 selepas Durban mengakui tidak mempunyai keupayaan menganjurkannya.

Menteri Sukan Afrika Selatan, Fikile Mbalula berkata, kerajaan telah didesak untuk memikirkan semula penganjuran temasya itu berikutan masalah kewangan yang dihadapi.

Liverpool sebelum ini membida hak penganjuran Sukan Komanwel 2026 dan kini menawarkan untuk menggantikan Durban andai bandar tersebut tidak berminat menjadi tuan rumah.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Liverpool, Joe Anderson juga telah memaklumkan hasrat tersebut kepada Menteri Sukan, Tracey Crouch bagi menunjukkan minat bandar tersebut selepas pegawai Sukan Komanwel memberi bayangan bahawa tuan rumah baharu diperlukan.

Jurucakap Majlis Bandar Liverpool berkata, bandar tersebut mempunyai keinginan serius bagi menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022.

“Kami mendengar khabar angin bahawa Durban mungkin menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022.

“Malah kami juga telah memaklumkan kepada pihak kerajaan keinginan untuk mengalas tugas tersebut sekiranya Durban menarik diri,” kata jurucakap tersebut.- AGENSI
Liverpool Tawar Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2022 Liverpool Tawar Jadi Tuan Rumah Sukan Komanwel 2022 Reviewed by uMieySurianie on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.