Seo Services

Kedutaan Indonesia Akan Mohon Lawat Siti Aisyah



SEPANG: Kedutaan Indonesia menaruh keyakinan tinggi terhadap sistem perundangan negara ini.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Adreano Erwin, berkata pihaknya yakin Malaysia akan mengendalikan kes membabitkan warganya mengikut lunas undang-undang negara ini.

Beliau ditemui selepas proses pertuduhan ke atas dua wanita iaitu warga Vietnan, Doan Thi Huong, 29, dan wanita warga Indonesia, Siti Aisyah, 25.

Dalam pada itu, pihak kedutaan Indonesia akan menghantar permohonan rasmi kepada kerajaan Malaysia untuk melawat Siti Aisyah yang ditempatkan di Penjara Wanita Kajang.

Katanya, ia bagi membolehkan lima peguam yang diketuai Gooi Soon Seng berbincang mengenai kes itu.

"Mereka akan membuat penggiliran melawat Siti Aisyah di penjara berkenaan.

"Kita yakin keadilan dapat ditegakkan kerana pihak kedutaan menghantar lima peguam terbaik bagi mengendalikan kes itu.

"Kita tidak ragu-ragu dengan cara Malaysia mengendalikan kes ini," katanya.

Empat lagi peguam yang mewakili Siti Aisyah ialah S Selvi, Azura Alias, Loke Kok Mun dan Wong Kah Hung.-BH

Kedutaan Indonesia Akan Mohon Lawat Siti Aisyah Kedutaan Indonesia Akan Mohon Lawat Siti Aisyah   Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.