Seo Services

Menteri Muda Sarawak Saran Pengamal Media Ikuti Kursus ICT


MIRI:  Menteri Muda Pelancongan Sarawak, Datuk Lee Kim Shim menyaran agar pengamal media mengikuti kursus jangka pendek bagi meningkat pengetahuan mereka untuk menghadapi cabaran daripada media sosial.

Beliau berkata oleh itu mereka boleh bekerjasama dengan Universiti Curtin di sini.

"Kursusnya perlu memfokus kepada penggunaan alat terbaharu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)," katanya pada majlis makan malam sempena pemilihan anggota jawatankuasa Persatuaan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) 2017-2018 di sini malam tadi.

Lee berkata Fakulti Media Universiti Curtin boleh bekerjasama dengan NSJA untuk mengadakan kursus termasuk kursus mengambil klip video untuk berita.

Beliau kemudian mengumum pemberian RM10,000 kepada NSJA untuk menganjur kursus berkaitan industri media.- BERNAMA
Menteri Muda Sarawak Saran Pengamal Media Ikuti Kursus ICT Menteri Muda Sarawak Saran Pengamal Media Ikuti Kursus ICT Reviewed by Unknown on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.