KUALA LUMPUR: Keadaan kewangan negara di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kukuh dan stabil walaupun dilanda dengan pelbagai kemelut serta krisis mata wang ringgit yang tidak menentu.
Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakaria Abdul Rashid berkata, dakwaan negara akan bankrap kerana hutang adalah tidak boleh diterima dan hanya bertujuan untuk menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat.
“Jika dilihat daripada segi kewangan hutang kerajaan persekutuan dari segi nisbah sudah semakin baik. Negara maju lain seperti Amerika Syarikat (AS), Britain dan Jepun, hutang mereka lebih tinggi dan berkali ganda daripada kita tetapi mereka tidak ‘bankrap’ seperti yang diperkatakan sesetengah pihak di sini,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menzahirkan keyakinan terhadap kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Najib dalam menguruskan kewangan negara.
Dalam pada itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Baayah Baba berkata, rakyat termasuk pembangkang perlu memberi peluang dan ruang kepada Najib untuk menerajui kewangan negara.
“Selain Malaysia, banyak negara di dunia berhutang juga dan ada yang berhutang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini tidak menghairankan asalkan hutang dapat dibayar.
“Beri sokongan padu dan bukannya menghentam sahaja kerana jika pembangkang memerintah kita pasti berhutang juga malah mungkin lebih teruk, tiada siapa tahu,” katanya. - UtusanMalaysia
Kewangan Negara Kukuh, Stabil Di Bawah Pimpinan Najib
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 27, 2017
Rating:

No comments: