Seo Services

Korea Utara Miliki 1,000 Dron Untuk Lancar Serangan


SEOUL: Sebuah agensi pemikir Korea Selatan mendakwa Korea Utara mempunyai kira-kira 1,000 dron yang bukan sahaja digunakan untuk mengintip, tetapi juga untuk melancarkan serangan senjata kimia dan biologi.

Felo penyelidik di Institut Untuk Penyatuan Kebangsaan Korea di Seoul, Chung Ku-youn berkata, Pyongyang memberi tumpuan menghasilkan dron sebagai usaha untuk menangani kekurangan pesawat tentera negara itu.

Pasukan tentera udara negara itu jauh ketingalan berbanding Korea Selatan dan ketiadaan satelit tentera menyebabkan negara itu banyak bergantung kepada dron untuk menjalankan pengintipan.

Menurut Chun, Korea Utara mungkin berusaha menggunakan dron berkenaan untuk membawa senjata kimia dan biologi bagi melancarkan serangan jika perang antara kedua-dua negara itu meletus.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dikatakan berusaha memastikan negaranya menghasilkan pelbagai versi dron sejak beberapa tahun lalu.-Agensi
Korea Utara Miliki 1,000 Dron Untuk Lancar Serangan Korea Utara Miliki 1,000 Dron Untuk Lancar Serangan Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.