Seo Services

Yuzy uji gandingan pelumba Malaysia-Vietnam

Image result for Shahrol Yuzy
KUALA LUMPUR: Bekas pelumba negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini akan bekerjasama dengan pelumba Vietnam bagi tahun ketiga pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 yang membuka tirai di Johor pada hujung minggu ini.

Perlumbaan pusingan pertama musim ini di Litar Pasir Gudang itu akan digunakan sepenuhnya oleh Shahrol Yuzy untuk menguji barisan pelumba Malaysia serta pelumba muka baharu dari Vietnam. 

Shahrol Yuzy yang juga pemilik Yuzy Racing mempunyai rekod melatih ramai pelumba negara yang kini beraksi di peringkat antarabangsa seperti Zulfahmi Khairuddin, juara Asia dua kali - Mohd Zaqhwan Zaidi dan termasuk pelumba muda sedang meningkat, Azroy Hakeem Anuar. 

Saingan ARRC musim 2017 menyaksikan Yuzy akan mengendalikan pasukan yang dikenali Yuzy Honda Vietnam Racing dengan menyertai kategori Underbone 150cc selain turut beraksi dalam kategori Asia Production 250cc. 

Pasukan Yuzy Honda Vietnam Racing membariskan tiga pelumba di dalam kelas Underbone 150cc iaitu dua pelumba Malaysia, Azroy Hakeem Anuar dan Mohd Amirul Ariff Musa bersama muka baharu dari Vietnam, Cao Viet Nam. 

Shahrol Yuzy berkata, seorang lagi pelumba Vietnam, Bui Duy Tong akan beraksi dalam kelas Asia Production 250cc. 

"Tahun 2017 agak mencabar buat Bui Duy Thong yang melangkah ke kelas 250cc. Saingan kelas ini cukup kompetitif dan sengit. 

"Kami tidak meletak sasaran tinggi sebaliknya berharap dia dapat menamatkan perlumbaan dengan mengutip sebarang mata. 

"Dalam kategori Underbone, kami akan memberi lebih tumpuan kepada Cao memandangkan ini kali pertama dia beraksi menggunakan jentera Underbon," katanya. - BH
Yuzy uji gandingan pelumba Malaysia-Vietnam Yuzy uji gandingan pelumba Malaysia-Vietnam Reviewed by Azmin on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.