SEPANG: Malaysia menarik semula larangan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini serta merta.
Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman selepas menerima kepulangan sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang meninggalkan Pyongyang sejak 7 Mac lalu.
"Seperti yang anda sedia maklum, proses bedah siasat mayat Kim Jong-nam sudah selesai dan kita sudah menghantar mayatnya balik ke negara asal, seperti yang dituntut ahli keluarga.
"Susulan itu, larangan keluar ke atas rakyat republik berkenaan dari Malaysia turut dibatalkan," katanya pada sidang media di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebentar tadi. - BH
Larangan Tinggalkan Malaysia Batal Serta-merta
Reviewed by Azmin
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: