SEPANG: Sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara sebelum ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu usaha membawa mereka pulang.
Kaunselor Kedutaan Malaysia di Korea Utara, Mohd Nor Azrin Md Zain mewakili sembilan rakyat Malaysia itu berkata, kepulangan mereka dengan selamat tidak akan dapat direalisasikan tanpa usaha dan doa semua.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan dan semua pihak serta rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan kami.
"Ketika ditahan di sana, wakil kedutaan pelbagai negara di Korea Utara termasuk Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja banyak membantu kami termasuk sokongan moral, membeli bekalan makanan dan keperluan lain.
"Memang kita risau (ketika berada di sana) tetapi dengan keprihatinan dan jaminan kerajaan yang akan membawa kami pulang dengan selamat, memberi keyakinan kepada kami untuk terus bersabar dan akhirnya hari ini kami pulang ke tanah air dengan selamat dan bersama keluarga," katanya. - BH
"Terima Kasih Semua"
Reviewed by Azmin
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: