Seo Services

Mayat Jong-nam Dibawa Keluar Dari IPFN


KUALA LUMPUR - Selepas berita melaporkan bahawa mayat Kim Jong-nam telah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur semalam, pengamal media hari ini berkampung di luar perkarangan Kedutaan Korea Utara.

Wartawan dari media tempatan dan antarabangsa telah berkumpul di Jalan Batai, Bukit Damansara seawal 7 pagi bagi mendapatkan komen daripada pegawai kedutaan.

Kaunselor Kim Yu-song dan pemandunya dilihat meninggalkan perkarangan kedutaan kira-kira 8.40 pagi dengan membawa beberapa bagasi. Bagaimanapun, destinasi mereka tidak diketahui.

Jurucakap rasmi kedutaan yang juga bekas duta negara itu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong-il juga tidak kelihatan memasuki kedutaan selepas dikatakan menghadiri mesyuarat di Jalan Bellamy Sabtu lepas.

Semalam, empat lelaki berpakaian biasa dipercayai anggota polis Cawangan Khas memasuki perkarangan kedutaan selama kira-kira tiga jam. - Bernama


Mayat Jong-nam Dibawa Keluar Dari IPFN Mayat Jong-nam Dibawa Keluar Dari IPFN Reviewed by Unknown on March 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.