Seo Services

Merlin Akhirnya Sah Warganegara Malaysia



KUCHING: Merlin Marjina kini sah warganegara Malaysia selepas sijil kelahirannya siap dalam tempoh 11 hari.

Ia adalah hasil kerjasama beberapa pihak yang terlibat dalam menguruskan pendaftaran lewatnya.

”Kita sangat prihatin kerana kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran secara automatik dikategorikan sebagai warga asing,” kata Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat serta prosedur baharu yang lebih ringkas disokong oleh jawatankuasa petugas khas bagi membantu peribumi Sarawak menjadikan proses pengesanan dan pendaftaran lewat kanak-kanak dapat disegerakan.

“Tanpa pendaftaran lengkap, pelajar akan menghadapi masalah untuk didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid.


“Merlin yang baharu sahaja menyambut hari lahir pada 28 Mac yang lalu kini sudah layak menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai warganegara Malaysia,” ujarnya.

Katanya, Merlin kini akan dapat menikmati pelbagai insentif, bantuan dan kemudahan sebagai warganegara Malaysia seperti pelajar lain.

”Saya berasa sangat gembira kerana masa depan saya sudah semakin cerah dan saya akan terus berusaha meningkatkan taraf hidup kami sekeluarga,” kata Merlin yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chung Hwa Kampung Buntal.

Pada majlis tersebut, Merlin yang sangat menyerlah dalam sukan di sekolahnya menerima sijil lahir lengkap bersama kad pengenalan. - Sarawakiana
Merlin Akhirnya Sah Warganegara Malaysia Merlin Akhirnya Sah Warganegara Malaysia Reviewed by Azmin on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.