Seo Services

Sekolah & Pelajar Terjejas Banjir Di Sarawak Dapat Perhatian


KUCHING: Kerajaan negeri akan berusaha mencari dana untuk membaik pulih dan membina semula semua sekolah terutama di kawasan luar bandar, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, banjir yang berlaku di Sarawak baru-baru ini menyebabkan beberapa sekolah rendah terjejas.

“Sebanyak 112 buah sekolah (104 sekolah luar bandar) melibatkan 9,936 pelajar (9150 pelajar luar bandar) terjejas," katanya.

Untuk membantu kanak-kanak terjejas di luar bandar menurutnya, Kejohanan Golf Amal Untuk Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Luar Bandar akan diadakan sebagai usaha membantu mereka,

“Objektif projek ini adalah untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM500,000.00 daripada orang ramai bagi menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar bandar, terutamanya yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini,” ujarnya.

Menurutnya, jawatankuasa penganjur telah menulis surat kepada beberapa badan korporat yang besar terutama dari Sarawak untuk memberi sokongan.

“Sokongan yang diterima setakat ini amat menggalakkan dengan lebih RM400,000 sumbangan daripada penderma yang murah hati di seluruh negara untuk projek ini.,” tambahnya.

Terdahulu, Yayasan MyKasih telah menghulurkan bantuan berjumlah RM180 juta kepada 220, 000 keluarga di negara ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM15 juta disumbangkan kepada 6,600 keluarga di Sarawak. – Sarawakiana

Sekolah & Pelajar Terjejas Banjir Di Sarawak Dapat Perhatian Sekolah & Pelajar Terjejas Banjir Di Sarawak Dapat Perhatian Reviewed by uMieySurianie on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.