KUCHING : Bidang kerja seseorang programmer muzik mungkin tidak popular seperti artis yang mendendangkan lagu.
Begitu juga dalam penghasilan album untuk artis Dayak di Satawak.
Nama Cami Tan Hui Seng atau lebih mesra dengan panggilan Cami Tan/Cami Ranyai mungkin tidak begitu dikenali namun insan ini sebenarnya sudah terlibat dalam programmer muzik sejak tahun 2009.
Begitu juga dalam penghasilan album untuk artis Dayak di Satawak.
Nama Cami Tan Hui Seng atau lebih mesra dengan panggilan Cami Tan/Cami Ranyai mungkin tidak begitu dikenali namun insan ini sebenarnya sudah terlibat dalam programmer muzik sejak tahun 2009.
"Saya memang dilahirkan dalam keluarga yang terlibat dengan muzik dan dari situ saya lebih mendalami tugas sebagai tulang belakang penghasilan album artis-artis tempatan.
"Saya banyak berperanan dalam tugas penyusunan muzik, muzik programmer, pemain guitar dan kejuruteraan bunyi," katanya.
Cami yang berasal dari Lubok Antu berkata, banyak muzik yang dihasilkannya disumbang kepada syarikat rakaman seperti LUH, IRAMA dan KMP Production.
"Terbaru saya telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri bersama rakan kongsi Ranyai yang didaftar atas nama Ranyai Sdn Bhd.
"Syariķat ini akan menghasilkan album kompilasi Ranyai yang terdiri daripada artis tempatan seperti Melissa Francis, Jerry Kamit, Jennifer Jack, Ivy Ubang, Hairee Francis, Wilbert Kamit dan Masterpiece," ujarnya.
Anak muda berusia 28 tahun ini telah menghasilkan lagu Pengerindu Pengujung Nyawa nyanyian Julita James, Beserara Nadai Laya oleh Tony Engkabi, album Shasha Julian dan album Eyqa Saiful serta ramai lagi album artis tempatan.-Sarawakiana
Nama Tidak Popular, Peranan Cami Tan Penting Dalam Muzik
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: