Seo Services

19 Juta Rakyat Yaman Perlu Bantuan Segera



YAMAN: Kira-kira 19 juta daripada 26 juta penduduk di Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan segera selepas negara itu kini berdepan risiko kebuluran yang serius.

Rayuan kepada masyarakat antarabangsa itu dikemukakan Setiausaha Kedua untuk Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Stephen O'Brien ketika beliau melawat bandar pelabuhan Aden, kelmarin.

"Tujuh juta penduduk di negara terjejas itu juga memerlukan bantuan makanan. Sebelum konflik meningkat pada Mac 2015, rakyat di negara terbabit sememangnya berdepan dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, kelemahan undang-undang dan pelanggaran hak asasi manusia secara berleluasa," katanya.

O'Brien turut memberi ulasan mengenai data mangsa yang terkorban selepas laporan sebelum ini mendapati lebih 7,500 maut manakala lebih 40,000 lagi cedera sejak Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan pada Mac 2015.

"Jumlah kematian tersebut mungkin jauh lebih tinggi. Ia sukar diperoleh berikutan kemudahan dan sistem kesihatan di seluruh negara yang usang," jelasnya.

Khamis lalu, Pusat Pembangunan dan Hak Undang-undang Yaman melaporkan kematian orang awam di negara terbabit meningkat kepada sekurang-kurangnya 12,041 orang termasuk 2,568 kanak-kanak dan 1,870 wanita. - Press TV

19 Juta Rakyat Yaman Perlu Bantuan Segera 19 Juta Rakyat Yaman Perlu Bantuan Segera Reviewed by uMieySurianie on March 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.