MIRI: Gara-gara didakwa berlagak, seorang pekerja di sebuah pasar raya di sini nyaris ditetak menggunakan sebilah parang oleh rakan sekerja.
Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 12 tengah hari kelmarin di sebuah pasar raya di Riam di sini.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pekerja terbabit di Balai Polis Tanjong Lobang di sini.
Dalam aduannya, mangsa, 18, mendakwa sekitar jam 12 tengah hari, 20 Mac lalu ketika melakukan tugas rutin, beliau didatangi seorang rakan sekerja yang mengingatkannya supaya tidak berlagak di tempat kerja.
Setelah itu, mangsa kemudian menunjukkan isyarat jari tengah kepada lelaki terbabit.
Rakan sekerja terbabit berasa tidak puas hati dengan mangsa kemudian cuba menetaknya menggunakan sebilah parang namun berjaya dielak mangsa.
Selepas itu, mangsa beredar dan suspek sekali lagi cuba menyerangnya menggunakan satu objek dipercayai besi namun berjaya dihalang oleh seorang rakan sekerja lain.
Setelah itu, suspek beredar sebelum datang semula kepada mangsa sambil memohon maaf.-UB
Nyaris Ditetak Kerana Berlagak
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:

No comments: