Seo Services

Palsukan Dokumen, Lapan Warga Asing Ditahan


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan lapan warga asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan pemalsuan dokumen hingga mencatat keuntungan RM9,000 sebulan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata tangkapan secara berasingan bermula 9 hingga 23 Mac itu mendapati sindiket berkenaan didalangi seorang warga Myanmar dikenali sebagai 'Dr Harun'.

Beliau berkata, sindiket berkenaan berselindung di sebalik nama sebuah agensi pelancongan yang beroperasi dalam restoran makanan Bangladesh di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Silang di Kuala Lumpur.

"Lapan warga asing yang ditahan ialah enam warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Pakistan dan warga Myanmar.

"Harga berlainan dikenakan untuk pemalsuan dokumen seperti Kad Sementara Pekerja Asing (E-kad), kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), pasport dan sebagainya.

"Harga bagi pengeluaran dokumen itu mengikut jenis kad iaitu antara RM500 hingga RM3,000," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mustafar berkata, Jabatan Imigresen turut merampas beberapa peralatan memproses dokumen seperti komputer peribadi, mesin pencetak, mesin laminar dan pemacu USB yang mengandungi templat dokumen yang ingin dipalsukan.

"Kita turut menemui wang tunai berjumlah RM5,745 dan kad yang sudah dipalsukan seperti pas khas, memo periksa keluar, E-kad, lesen memandu Malaysia dan Sijil Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.-

Palsukan Dokumen, Lapan Warga Asing Ditahan Palsukan Dokumen, Lapan Warga Asing Ditahan  Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.