Seo Services

6 Lelaki Diperintah Bela Diri



KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi memerintahkan enam lelaki termasuk empat warga Filipina membela diri kerana didakwa memiliki 1,308 kura-kura dilindungi.

Ia selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap semua tertuduh.

Hakim Ainul Mohamed Shahrin menetapkan 5 dan 6 April ini sebagai tarikh perbicaraan.

Tertuduh, Rashed Delan, 38, dan Alsadat Belog, 39, kedua-duanya warga tempatan dan empat warga Filipina, Madal Juldin, 37; Ibrahim Kahar, 44; Sidik Napaeh, 23, dan Rasid Alain, 38 dituduh memiliki kura-kura Malayan Bos Turtle (Cuora Amboinesis) tanpa permit yang sah.

Hidupan liar itu tersenarai dalam Lampiran II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 41 (2), Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 yang dibaca mengikut Seksyen 41 (4) enakmen yang sama dan dihukum mengikut Seksyen 34, Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, setiap tertuduh boleh dikenakan denda minimum RM30,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara enam bulan hingga tiga tahun.

Berdasarkan fakta kes, semua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Azher Farhan didapati melakukan kesalahan itu pada jam 2.45 pagi, 7 Disember tahun lalu di perairan Pulau Gaya, di sini.

Mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan didakwa pada 21 Disember tahun lalu.-BH
6 Lelaki Diperintah Bela Diri 6 Lelaki Diperintah Bela Diri  Reviewed by Unknown on March 31, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.