KUCHING: Sarawak Energy bekerjasama dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi meningkatkan program pemuliharaan pendaratan penyu kedua terbesar di negara ini dan bagi menggalakan eko pelancongan di tiga kawasan perlindungan Penyu.
Ketua Pegawai Eksukutif Sarawak Energy Berhad (SEB), Sharbini Suhaili berkata Sarawak Energy akan menghubungkan tiga kawasan perlindungan penyu iaitu Taman Negara Tanjung Datu, Pulau Talang- talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kechil.
“Sarawak Energy akan membantu menyediakan bekalan elektrik untuk ketiga-tiga kawasan perlindungan penyu tersebut dan menyediakan tenaga hijau menerusi sistem berpusat daripada pelepasan karbon bagi menggantikan penjana diesel yang bising menjadikannya lebih kondusif untuk pemuliharaan penyu,” ujarnya.
Menurutnya, tiga kawasan perlindungan penyu tersebut kini hanya menggunakan penjana diesel dengan jam terhad operasi serta kos penyelenggaraan yang tinggi.
“Pihak kami juga akan melatih renjer taman 'mengenai operasi dan penyelenggaraan sistem. Manakala, pasukan teknikal akan terus memantau kerosakan dan melakukan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan berjadual seperti yang dikehendaki,” jelasnya.
Terdahulu, satu memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara SEB dan SFC disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg . – Sarawakiana
Sarawak Energy Jalin Kerjasama Perlindungan Penyu
Reviewed by uMieySurianie
on
March 28, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 28, 2017
Rating:

No comments: