“SAYA tak nak pun beg ni, saya nak iPhone ni je”.
Mendengarkan pengakuan sebegini daripada si tangan panjang pastinya membuatkan sesiapa sahaja berasa geram dan marah.
Lebih menyedihkan lagi, pencuri terbabit merupakan seorang wanita yang bertudung!
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Anna Lee mendakwa beg tangannya dicuri wanita terbabit ketika dia sedang menunaikan solat di surau sebuah pusat beli-belah.
Bagaimanapun, mangsa berjaya menghubungi pencuri itu yang kononnya mengaku bersalah hanya selepas diugut gambarnya disebarkan.
Tak mahu mengaku kalah, pencuri itu pula merayu kepada mangsa agar memberikan kata laluan yang digunakan untuk membuka kunci skrin iPhonenya.
“Dia ingat kita ni sama-sama bodoh macam dia? Kalau kita tak dapat telefon tu, tak ada makna dia akan dapat.
“Simpanlah apple digigit semut yang tak berfungsi bersama dengan dosa kau tu,” katanya.
Difahamkan, kes kecurian sedemikian memang kerap berlaku di surau berkenaan.
Perkongsian status itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tepuk dahi melihatkan perangai manusia kini yang hanya ‘Islam hanya pada pakaian sahaja’.
“Nak tak nak, terpaksalah Anna pasrah dengan kehilangan beg dan ‘apple digigit semut’ itu. Semoga pencuri itu tersungkur jua suatu hari nanti,” katanya. –MYNEWSHUB.CC
‘Saya Tak Nak Beg Ni, Saya Nak iPhone Jer ‘- Pencuri
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: