KUCHING : Kolam renang Pusat Akuatik Pandela Rinong bertempat di Kompleks Sukan Sarawak mula dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.
Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kolam renang ini adalah tempat yang amat baik sekali untuk keluarga melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak.
"Saya yakin kolam renang ini akan menjadi satu tarikan utama kerana menjadi taman tema air yang pertama di Sarawak,"
"Para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak kecil mereka tidak perlu merasa risau kerana di pusat ini telah menyediakan 'life guard' yang diiktiraf dan terlatih",
"Kolam renang di pusat ini juga terbahagi kepada dua iaitu satu khas untuk latihan perenang kompetitif manakala satu lagi untuk aktiviti riadah keluarga." katanya selepas merasmikan kolam renang Pusat Akuatik Pandelela Rinong disini hari ini.
Tambahnya lagi, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Sarawak telah melantik Akademi Renang Bestari sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menjaga pusat ini disamping menyediakan latihan renang kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Tujuan utama akademi ini adalah untuk mengajak kanak-kanak mahupun dewasa mempelajari asas renang dengan mudah dan juga bagi mengenal pasti bakat perenang untuk sukan renang tanpa diskriminasi.
Karim menambah, akademi ini juga telah menyediakan beberapa anggota pakar yang professional bagi membantu memberi latihan renang yang kompetitif.
"Ada diantara mereka adalah perenang yang pernah mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dan saya berharap mereka mampu menjaga pusat ini dengan baik,"-Sarawakiana
Pusat Akuatik Pandelela Rinong Mula Dibuka Hari Ini
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: