Goh Kim Chong |
KUCHING: Penduduk Sungai Limo mempelawa Rapelson Richard Hamit datang ke Kampung Sungai Limo untuk menjelaskan berkenaan "Sumpah Tujuh Petara Dayak".
Rapelson merupakan bekas calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.
Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Limo Goh Kim Chong mengakui mereka telah bersumpah kepada tujuh Petara (Tuhan) untuk kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Tanjong Datu bulan lepas.
"Sumpah tersebut dilafazkan pada 18 Februari 2017 hari Sabtu jam 8 pagi di Dewan Kampung Sungai Limo," katanya ketika dihubungi Sarawakiana.
Isi kandungan sumpah tersebut berbunyi; "Kami bersumpah mengundi calon Barisan Nasional N3 Tanjong Datu,Hajah Jamilah Binti Haji Anu. Kami bersumpah enda ngundi urang bukai ba PRK sari tu. Kitak petara akik, kitak petara inik. 7 petara langit, 7 petara bumi. Kitak dingarlah sumpah kami tu. Menang Jamilah, menang Barisan Nasional, menang kitai semua".
Menurut Goh, sumpah tersebut tidak menyalahi mahupun melanggar adat dan tidak ada langsung unsur mempersendakan Sumpah Petara.
"Sumpah itu merupakan satu doa agar Barisan Nasional menang dan terus membela penduduk kampung.
"Tidak timbul kesalahan terhadap Sumpah 7 Petara Dayak, seperti juga masyarakat Islam dan Kristian memanjat doa untuk kemenangan calon yang diyakini mampu membela rakyat," ujarnya.
Justeru itu, Goh mempelawa agar Rapelson datang ke Sungai Limo, untuk mendengar sendiri penjelasan penduduk kampung.
Beliau menambah, ternyata Rapelson hendak menggunakan kepercayaan agama sebagai bahan politik kerana beliau sendiri tidak mendapat sokongan masyarakat Dayak di Tanjong Datu sehingga beliau hilang wang deposit.
"Kami di sini memang cukup meyakini Barisan Nasional kerana banyak pembangunan dan masalah kami diselesaikan dengan cara baik," tambahnya lagi.
Terhadahulu, Rapelson dilaporkan membuat laporan polis berkenaan "Sumpah 7 petara Dayak" yang dilakukan penduduk Kampung Sungai Limo pada PRK N3 Tanjong Datu tempoh hari. -Sarawakiana
"Sumpah 7 Petara", Penduduk Pelawa Rapelson Ke Sungai Limo
Reviewed by Unknown
on
March 01, 2017
Rating:
No comments: