KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menggagalkan operasi pembalakan haram di Batu 8, Jalan Ulu Oya, baru-baru ini.
Bertindak atas maklumat awam, siasatan awal dilakukan oleh Unit OSCC sebelum serbuan dijalankan pasukan penguatkuasaan dari SFC Daerah Sibu.
SFC dalam kenyataannya semalam, mendedahkan operasi itu berjaya merampas 34 batang balak pelbagai spesies.
Pemeriksaan lanjut mendapati balak yang ditahan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan sebarang aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.
SFC turut berterima kasih orang awam yang menyalurkan maklumat tersebut sehingga membawa kepada kejayaan menghalang operasi pembalakan haram.
Dalam kenyataan tersebut, menjelaskan terdapat pembinaan sebuah bangsal sementara bertujuan menempatkan balak haram yang belum selesai.
Susulan itu, SFC membuat laporan di Balai Polis Sibu Jaya berhubung kes tersebut sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.-UB
SFC Gagalkan Pembalakan Haram
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 22, 2017
Rating:

No comments: