KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama di sini. Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11 pagi.
Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS).
Sumber SPRM ketika dihubungi BH mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS.
Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit. - BH
SPRM Serbu Pejabat Teresa Kok
Reviewed by Azmin
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: