Seo Services

Warga Emas Hilang Di Sungai Batang Igan


DALAT: Seorang wanita warga emas dikhuatiri hilang di Sungai Batang Igan berdekatan Kampung Bungan Besar, dekat sini pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Jini Tarubok, 75 dipercayai hilang selepas penduduk kampung menemui perahunya yang kosong.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah memulakan operasi mencari mangsa di sekitar kawasan sungai Kut menuju ke Sungai Batang Igan disertai penduduk kampung.

Sehingga berita ini ditulis, punca dan keadaan terkini masih belum diketahui dan operasi mencari masih diteruskan.-Sarawakiana
Warga Emas Hilang Di Sungai Batang Igan Warga Emas Hilang Di Sungai Batang Igan Reviewed by Unknown on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.