
WASHINGTON: Imej satelit diambil minggu ini menunjukkan kemungkinan Korea Utara melakukan persediaan peringkat terakhir untuk melancarkan peluru berpandu baharu, kata penganalisis berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), semalam.
Imej yang diambil pada 25 Mac lalu menunjukkan empat kenderaan atau trak peralatan berada di pintu masuk Tapak Ujian Nuklear Punggye-ri dan peralatan kabel komunikasi.
"Peralatan ini mungkin digunakan untuk ujian, mengumpul data dari letupan dan memproses data," lapor 38 North, iaitu sebuah projek di Institut Korea-AS di Universiti John Hopkins, dekat sini.
Penyelidik mendapati air dipam keluar dari tapak ujian dan disalurkan ke bawah bukit bagi memastikan terowong sentiasa kering untuk tujuan peralatan pemantauan atau komunikasi.
"Gabungan faktor ini jelas menunjukkan ujian persediaan sedang berjalan termasuk pemasangan peralatan," kata penyelidik. - AFP
Pyongyang Sedia Lancar Peluru Berpandu Baharu
Reviewed by Azmin
on
March 29, 2017
Rating:
No comments: