KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna agar sentiasa berwaspada terhadap panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan mencurigakan bagi tujuan keselamatan.
SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu bagi mengelakkan pengguna terdedah kepada sindiket penipuan atau tipu helah pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Biarpun setakat ini tidak ada aduan secara rasmi yang diterima berhubung perkara itu, namun adalah lebih baik pengguna mengambil langkah berjaga-jaga.
“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu atau menerima panggilan daripada nombor yang mencurigakan diminta segera melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Baru-baru ini Utusan Malaysia mendapat aduan daripada orang ramai yang menerima panggilan daripada nombor yang mencurigakan antaranya nombor yang bermula dengan pangkal +685, +375, +371 dan +381 yang dikatakan panggilan dari luar negara. - UTUSAN ONLINE
Waspada Dengan Taktik Sindiket Penipuan -SKMM
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: