Kuching : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengiystiharkan Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak dinamakan 'Wisma Adenan'.
Menurut Zohari, pertukaran nama tersebut dibuat sempena mengenang jasa dan bakti bekas pengerusi Yayasan Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meningkatkan kualiti pendidikan di Sarawak.
"Dengan mengabadikan nama beliau pada pusat ini, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan segala usaha Tok Nan untuk memartabatkan sektor pendidikan Sarawak," katanya.
Beliau berkata sedemikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2017 di sini, hari ini.
Yayasan Sarawak merupakan sebuah agensi kerajaan yang terpenting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan.
Institut ini telah ditubuhkan di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971.
Objektif penubuhannya adalah bagi memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.-Sarawakiana
Wisma Adenan Sebagai Memperingati Jasa Tok Nan
Reviewed by Unknown
on
March 31, 2017
Rating:
No comments: