Seo Services

10 Pemberontak Komunis Dibunuh


MANILA: Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis berhampiran bandar General Nakar menyebabkan 10 gerila dan dua askar terbunuh, kata pegawai semalam.

Jurucakap tentera, Rhoderick Parayno berkata, askar Filipina tidak mengambil mayat pemberontak berkenaan tetapi saksi mengira terdapat 10 gerila terbunuh.

Menurutnya, satu unit askar bertempur dengan kira-kira 30 pemberontak komunis di General Nakar yang terletak di timur Manila.

Pertempuran itu menyebabkan dua askar terbunuh dan dua lagi cedera.

Kejadian terbaru itu berlaku beberapa hari sebelum rundingan damai antara kerajaan dan Parti Komunis Filipina (CPP) bagi menamatkan pemberontakan paling lama di Asia itu.

Sementara itu, kerajaan Filipina menolak gencatan senjata sebelah pihak menjelang rundingan damai yang disambung semula pada minggu depan dan berkata, kerajaan lebih cenderung dengan perjanjian kedua-dua pihak.

CPP merancang mengisytihar gencatan senjata sebelah pihak lewat semalam dan menjangkakan Manila turut mengambil langkah sama.

Rundingan damai disambung semula di Oslo, Norway pada 2 hingga 6 April ini selepas Presiden Rodrigo Duterte membatalkan rundingan sebelum ini kerana berang selepas gerila komunis menembak mati anggota polis.

“Ketika ini tiada alasan untuk mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak kerana presiden hanya berminat bagi mendapatkan perjanjian dua belah pihak,” kata ketua perunding kerajaan, Silvestre Bello III. - Agensi
10 Pemberontak Komunis Dibunuh 10 Pemberontak Komunis Dibunuh Reviewed by Unknown on April 01, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.