CANBERRA: Polis Australia merampas dadah methaphetamine bernilai RM1.01 bilion yang disembunyikan di dalam pagar besi yang diseludup ke Melbourne dari China.
Tiga lelaki Vietnam yang cuba mengambil dadah itu ditangkap dalam satu operasi.
Dadah itu ditemui ketika Pasukan Sempadan Australia melakukan pemeriksaan rutin.
Ia dibungkus dengan plastik dan disrorok di dalam rangka besar pagar itu.
Polis kemudian melakukan operasi dengan menghantar kontena itu ke alamat di Derrimut serta menanti mereka yang datang untuk mengambilnya.
Lelaki Vietnam yang ditahan ketika datang untuk mengambilnya berusia antara 23 dan 25 tahun.
Pegawai kanan pasukan Sempadan Australia, James Watson menyifatkan rampasan itu sebagai kejayaan menghalang usaha merosakkan masyarakat. - Agensi
Dadah Bernilai RM1.01 Bilion Dirampas
Reviewed by Unknown
on
April 01, 2017
Rating:
No comments: