KUCHING: Terperosok ditangga kedua terbawah Liga Super selain prestasi tiga pemain import yang tidak konsisten atau 'yoyo' meresahkan pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Khabar angin sudah mula kedengaran, tiga pemain terbabit melibatkan Mateo Roskam, Mart Hartmann dan Lee Jong-Ho mungkin digantikan jika masih mempamerkan prestasi 'biasa'.
Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop turut mengakui kecuali pertahanan Demerson Bruno Costa yang menunjukkan prestasi konsisten manakala tiga lagi pemain belum mencapai tahap memuaskan.
“Mateo Roskam, Mark Hartmann dan Lee Jong-ho masih perlu “membuktikan” betapa mereka harus kekal dalam pasukan. Ketika ini prestasi mereka turun naik, umpama yoyo.
“Ada permainan yang mereka tampil hebat, dan ada permainan yang mengecewakan," katanya.
Memetik laporan Sarawakvoice.com, David buat masa ini masih memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk meningkatkan prestasi.
“Mereka telah maklum akan berlaku jendela perpindahan pada Mei dan ejen-ejen pemain sudah mula menawarkan senarai. Dan pihak saya akan berbincang dengan pengurusan pasukan selepas pemantauan penuh dilakukan," ujarnya.
Mengulas pertemuan dengan Selangor di Stadium Selayang, esok David menegaskan tidak mahu insiden pertemuan dengan Terangganu dalam saingan Piala FA berulang.
“Saya amat tidak berpuas hati dengan persembahan longlai pada separuh masa pertama aksi tersebut. Para pemain langsung tidak agresif," jelasnya.-Sarawakiana
3 Pemain Import Sarawak Mungkin Disingkir Jika Teruskan Aksi 'Yoyo'
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: