Seo Services

Lupus 9,385 Keping DVD & VCD Lucah


KUCHING: Cakera Video Digital (DVD) dan Cakera Padat Video (VCD) bernilai RM127,550 dilupuskan di Depo Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) disini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kesemua 12,755 keping cakera padat berkenaan adalah merupakan barangan kes dari tahun 2007 hingga 2014.

“Barang kes yang dilupuskan itu membabitkan sebanyak 9,385 keping DVD atau VCD lucah, manakala selebihnya tidak memiliki sijil B iaitu tidak diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem dan kerja-kerja pelupusan dilaksanakan setelah selesai proses pendakwaan dan mendapat perintah dari pada pihak mahkamah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Mustafa, sepanjang tempoh tiga tahun ini pihaknya mempertingkatkan tindakan dan membuat penahanan 399 individu dan seramai 282 individu telah didakwa.-Sarawakiana
Lupus 9,385 Keping DVD & VCD Lucah Lupus 9,385 Keping DVD & VCD Lucah Reviewed by Unknown on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.