RIYADH: Kerajaan Britain memohon maaf kepada Arab Saudi berikutan insiden seorang pegawai tinggi tentera negara itu dilempar telur ketika lawatan rasmi ke London.
Jurucakap tentera gabungan Teluk yang diketuai Arab Saudi bagi memerangi pemberontak di Yaman, Jeneral Ahmed Assiri dilempar telur di bahagian belakang tubuhnya oleh seorang aktivis antiperang minggu lalu.
Setiausaha Kementerian Luar Britain, Boris Johnson dilapor sudah menghubungi Timbalan Putera Mahkota, Putera Mohammed Salman, iaitu anak kepada Raja Arab Saudi dan Menteri Pertahanan negara itu untuk memohon maaf atas insiden berkenaan.
Menurut Assiri, beliau menjadi mangsa kemarahan orang ramai yang mengutuk operasi Riyadh di Yaman.
Rakaman video yang dimuat naik di media sosial Twitter menunjukkan aktivis antiperang, Sam Walton menghampiri Assiri dan meletakkan tangan di bahu Jeneral itu serta mengumumkan beliau ditahan oleh orang awam sebelum dileraikan oleh pegawai keselamatan.
Orang awam di Britain diberi kebenaran untuk menahan sesiapa saja terbabit dalam jenayah yang boleh didakwa. Seorang lelaki mengekori Assiri ke pintu masuk bangunan sebelum melemparnya dengan sebiji telur. - AFP
Britain Mohon Maaf Kes Jeneral Saudi Dibaling Telur
Reviewed by Azmin
on
April 03, 2017
Rating:
No comments: