BETONG: Peruntukan dana ekuiti berjumlah RM100 juta akan diagihkan kepada industri luar bandar berasaskan pertanian.
“Peruntukan berjumlah RM100 juta ini merupakan kerjasama dalam bentuk modal atau ‘venture capital’ kepada industri asas tani bagi kawasan luar bandar negeri ini,” kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.
“Ini merupakan cara baharu yang bakal dilaksanakan termasuk pembinaan lapangan terbang di bahagian ini untuk menyokong pembangunan Projek Agropolitan Bukit Sadok.
“Ini bukan April Fool. Ini bukan cakap-cakap kosong. Kini sudah ada pesawat ringan yang boleh terbang dengan kos yang berpatutan kerana menggunakan enjin yang efisien,” tambah beliau ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Francis Nyanggai, Penom, Paku semalam.
Menurutnya, rakyat boleh menggunakan kapal terbang ringan ini untuk membawa hasil tanaman dari ‘food basket’ atau Projek Agropolitan Bukit Sadok ke lapangan terbang lain untuk dihantar ke pasaran luar seperti China, India, Jepun dan sebagainya.
Ujarnya, Sarawak perlu membangunkan kawasan luar bandar menggunakan cara baharu yang diyakini dapat memberi masa depan yang cerah kepada penduduk setempat.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.-Sarawakiana
Bukan 'April Fool', Lapangan Terbang Di Betong
Reviewed by Azmin
on
April 03, 2017
Rating:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210642061909147&set=a.1903846037284.110481.1275723239&type=3&theater
ReplyDeleteAbg Jo, mana status Negara Sarawak ? Bapak kau sain perjanjian malaydia dulok Sarawak bukan negeri ke 13, bukan sain dgn 11 negeri di malaya tetapi adalah dgn Persekutuan Malaya
ReplyDeleteBhntilh menipu rakyat sarawak
ReplyDelete... btaubatlh smentara umur msih ad...