Seo Services

Chong Wei Mara Mudah Ke Suku Akhir Terbuka Malaysia




KUCHING – Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mara mudah ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Hu Yun, pada Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata hari ini.

Di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi Stadium Perpaduan Petra Jaya di sini, Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan itu mempamerkan aksi tangkas untuk menundukkan Hu Yun, 35, dalam perlawanan ‘straight set’ selama 27 minit dengan catatan 21-8, 21-6.

Pada perlawanan suku akhir esok, Chong Wei akan berdepan pemain muda Korea Selatan, Jeon Hyeok-Jin, 21, yang menduduki ranking ke-49 dunia.

Hyeok-Jin telah menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez, dengan catatan 21-13, 21-10.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Chong Wei berkata beliau gembira dengan kemenangan hari ini hasil tumpuannya semasa permainan dan berusaha menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

“Mengenai lawan saya pada suku akhir, saya tidak boleh memandang rendah pemain Korea Selatan itu…lagi pun ia pertemuan kali pertama kami esok,” katanya. – BERNAMA
Chong Wei Mara Mudah Ke Suku Akhir Terbuka Malaysia Chong Wei Mara Mudah Ke Suku Akhir Terbuka Malaysia Reviewed by uMieySurianie on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.