LIMBANG: Cubaan menyeludup 198 kotak minuman keras bernilai RM23,760 menggunakan jalan balak gagal apabila pihak polis berjaya menghidu kegiatan tersebut dalam serbuan di Batu 8, Jalan Kubong malam kelmarin.
Dalam serbuan sekitar jam 10.45 malam itu, empat suspek termasuk pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 20 hingga 30an berjaya ditahan.
Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Limbang dalam laporan akhbar tempatan berkata, pihaknya bertindak atas maklumat yang disalurkan oleh orang awam dan serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang seterusnya melakukan serbuan ke atas dua pikap mencurigakan di kawasan berkenaan.
“Kita (polis) berjaya merampas 198 kotak minuman keras bernilai RM23,760. Turut dirampas dua pikap diguna mengangkut minuman keras itu bernilai RM160,000,” lapor akhbar tersebut.
Mengulas lanjut, Tega memberitahu kumpulan terbabit menggunakan jalan balak yang sunyi dari Miri, Long Lama, Long Seridang hingga Long Balau dan Long Napir terletak agak jauh dari penempatan penduduk bagi memudahkan mereka mengangkut barangan seludup.
Jelasnya, bekalan minuman keras daripada Miri dipercayai pelanggan di sekitar Limbang.
Hasil siasatan keatas empat suspek yang bekerja sebagai buruh ladang berkenaan kesemuanya didapati negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk di siasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Tega juga menyeru supaya orang ramai menyalurkan apa sahaja maklumat mengenai kegiatan yang mencurigakan di kawasan mereka.-Sarawakiana
Cubaan Seludup Minuman Keras Di Limbang Gagal
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: