Seo Services

Ingatkan Sampah Rupanya Bom



SEREMBAN: Seorang pekerja Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menemui sebutir bom lama yang dibuang di tempat pembuangan sampah di Pasar Besar Seremban di sini, semalam.

Mohamad Fareez Zakaria, 29, yang bertugas menjaga pasar itu melihat dua lelaki menaiki sebuah kereta membuang sampah di tempat pembuangan berkenaan pada 10.30 malam.

Menurutnya, lelaki itu meletakkan tiga bungkusan sampah di luar tong dan dia menegur supaya membuangnya ke dalam tong sampah namun mereka memberi alasan ia terlalu berat.

“Saya kemudian membuka bungkusan itu dan mendapati ia besi lalu menyimpannya dalam stor untuk dijual. Namun, rakan yang bertugas pagi tadi memaklumkan besi itu adalah bom lama.

“Saya terkejut apabila diberitahu rakan mengenai hal itu. Saya kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati bom itu jenis mortar yang biasa digunakan dalam latihan, namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana ia ditemui.-HM
Ingatkan Sampah Rupanya Bom Ingatkan Sampah Rupanya Bom   Reviewed by Unknown on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.