Seo Services

Doktor Maut Dilanggar Ketika Bantu Mangsa Kemalangan

DETROIT: Seorang doktor yang berhenti di tepi jalan bagi membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbalik, maut dilanggar sebuah kereta lain. 

Mangsa yang dikenali sebagai Cynthia Ray, 47, maut semalam selepas mengalami kecederaan parah dalam kemalangan pada Ahad lalu itu. 

Akhbar Detroit Free Press melaporkan kejadian berlaku ketika Ray sedang dalam perjalanan untuk bertugas di Hospital Henry Ford sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik dengan enam remaja terperangkap di dalamnya. 

"Sebuah kereta lain yang lalu di situ melanggar Ray yang sedang membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu," kata laporan berkenaan. 

Kejadian itu turut membabitkan seorang individu lain yang juga berhenti untuk memberi pertolongan. 

Difahamkan kaki individu berkenaan terpaksa dipotong berikutan kecederaan parah akibat dilanggar kereta itu. Pemandu kereta yang melanggar dua mangsa itu turut cedera. - AP
Doktor Maut Dilanggar Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Doktor Maut Dilanggar Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Reviewed by Azmin on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.