Seo Services

Gary (Running Man) Umum Sudah Kahwin



Penyanyi rap dan bekas hos Running Man, Gary, membuat kejutan apabila mengumumkan beliau kini sudah berkahwin.

Pada 5 April lalu, Kang Gary memuat naik di laman Instagram, sekeping foto memaparkan suasana langit yang cerah berserta status memberitahu beliau sudah pun berkahwin dengan wanita pilihannya.

Bagaimanapun, beliau dan pasangannya tidak mengadakan sebarang majlis perkahwinan sebaliknya menggelarkan diri mereka sebagai suami isteri dengan hanya satu ungkapan.

"Saya berkahwin dengan orang yang saya suka hari ini. Tidak ada (majlis) perkahwinan, tetapi kami berdua menjadi pasangan suami isteri melalui ungkapan kita sendiri.

"Isteri saya adalah seorang wanita bukan selebriti, yang telah memikat hati saya selama ini. Walaupun mungkin ada pihak yang terkejut dengan berita perkahwinan ini, saya berharap kamu semua merestui dan mendoakan masa depan baru kami dengan hati yang gembira. Saya akan hidup dengan baik dan gembira untuk sepanjang hayat saya, " tulisnya.

.

Garry atau nama sebenarnya Kang Hee Gun, 39, selama ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktres Song Ji Hyo. Malah mereka disebut-sebut sebagai antara pasangan selebriti Korea paling ideal dan sinonim dengan jolokan 'Monday Couple' menerusi fenomena program realiti sensasi Korea, Running Man. - MD



Gary (Running Man) Umum Sudah Kahwin Gary (Running Man) Umum Sudah Kahwin Reviewed by uMieySurianie on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.