Seo Services

Huawei, Sarawak Jalin Kerjasama Dalam Program Ekonomi Digital



Kuching : Syarikat penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi global, Huawei bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam program ekonomi digital negeri itu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi transformasi digital.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan ekonomi digital itu merupakan penggerak utama pembangunan ekonomi Sarawak pada masa depan.

"Kita berharap dapat memanfaatkan kelebihan Huawei sebagai peneraju teknologi maklumat dan komunikasi global untuk bekerjasama dalam bidang selain perancangan bandar pintar dan penyelesaian bandar selamat untuk memperkukuh keselamatan awam, kawalan pengurusan trafik, rangkaian komuniti sosial dan inisiatif-inisiatif utama lain.

"Ini termasuk pelaksanaan aspek pintar dalam bidang pelancongan, bangunan, kediaman, pendidikan, e-dagang serta lainnya untuk menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Bagi kerjasama itu, Huawei turut membawa bersama pengalamannya di lebih 170 negara dalam segmen termasuk jalur lebar berkelajuan tinggi, liputan tanpa wayar secara meluas, platform aplikasi pintar, teknologi 'Internet of Things' atau komunikasi antara benda.

Usaha itu juga sekaligus akan membantu Sarawak mencapai transformasi ekonomi digital sepertimana disasarkan negeri itu.

Huawei menempatkan hab serantau dan 11 pusat perkongsiannya di Malaysia.



-- BERNAMA
Huawei, Sarawak Jalin Kerjasama Dalam Program Ekonomi Digital Huawei, Sarawak Jalin Kerjasama Dalam Program Ekonomi Digital Reviewed by Unknown on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.