
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg menegaskan usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan kembali kuasa Sarawak yang terhakis masih diteruskan.
Menurutnya, usaha Allahyarham bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mendapatkan kembali kuasa Sarawak yang tehakis daripada kerajaan persekutuan masih dalam peringkat rundingan.
"Apabila kita minta kuasa balik daripada Putrajaya ke Petra Jaya, ada pihak yang mengatakan bahawa permintaan kami secara tidak langsung akan memberikan kesan buruk.
"Apa yang kami minta adalah kuasa yang terhakis," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Majlis Senator Malaysia (MSM) semalam.
Beliau berkata, kuasa yang dimaksudkan ialah kuasa negeri yang pada asalnya pada perlembagaan tetapi terhakis secara langsung atau tidak langsung terhakis tanpa disedari. - Sarawak
Rundingan Kuasa Sarawak Yang Terhakis Diteruskan
Reviewed by Azmin
on
April 06, 2017
Rating:
No comments: