Seo Services

11 Cedera Selepas Trem Di Hong Kong Terbalik


HONG KONG: Seramai 11 orang cedera selepas trem dua tingkat dilaporkan terbalik di sini, yang disifatkan pihak berkuasa sebagai kejadian yang jarang berlaku membabitkan rangkaian pengangkutan awam di bandar ini.

"Kejadian berlaku tengah malam tadi di kawasan pusat bandar menyebabkan mangsa, iaitu enam lelaki dan lima wanita cedera ringan," kata jurucakap kerajaan dan polis di sini, hari ini.

Kebanyakan daripada mangsa sudah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui.

Trem yang dikenali sebagai 'ding ding' berdasarkan bunyi locengnya, menyediakan perkhidmatan di bandar utama di pulau ini, sejak lebih satu abad lalu dan membawa kira-kira 200,000 penumpang setiap hari. - AFP

11 Cedera Selepas Trem Di Hong Kong Terbalik 11 Cedera Selepas Trem Di Hong Kong Terbalik Reviewed by Azmin on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.