KUCHING: Sarawak akan menolak sekiranya Rang Undang-Undang Akta Setem 1949 dipinda oleh Parlimen.
Menurut Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, langkah tersebut diambil kerana Sarawak mempunyai Kanun Tanah sendiri.
"Kami cuma pemerhati dan kami bukanlah ahli Majlis Tanah Negara kerana tanah adalah autonomi kepada kami.
"Ia sepatutnya dikupas secara lebih rasional kerana duti setem adalah hasil daripada dokumen yang ditandatangani berteraskan kepada Kanun Tanah," jelas beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Majlis Senator Malaysia (MSM) di sini, semalam.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Ketua Menteri berkata, sekiranya Akta Setem tersebut dikupas maka kami rasa bahawa duti setem ini hendaklah balik ke negeri Sarawak.
"Keputusan ini bukan bermakna Sarawak mempunyai keinginan untuk keluar dari Malaysia.
"Tidak ada perkara seperti itu bahkan kami akan berada dalam Malaysia selama-lamanya," tegas beliau. - Sarawakiana
Sarawak Tolak Akta Setem, Kerana Miliki Kanun Tanah Sendiri
Reviewed by Azmin
on
April 06, 2017
Rating:
Reviewed by Azmin
on
April 06, 2017
Rating:

No comments: