Seo Services

Hubungan Seks Dengan Mangsa Bawah Umur Tetap Jenayah



KUALA LUMPUR: Hubungan seks antara individu dewasa dan mangsa di bawah umur 16 tahun tetap diklasifikasikan sebagai jenayah walaupun terdapat pihak yang beranggapan sebaliknya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sesiapa juga boleh memberikan pandangan mereka terhadap sesuatu isu, namun ia tidak akan mengubah fakta serta ketetapan yang sudah termaktub dalam undang-undang di negara ini.

“Pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap sama, jenayah tetap jenayah, oleh itu tidak akan ada pihak yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka melakukan perbuatan tersebut (rogol).

“Sama ada mangsa kemudian ditawarkan untuk berkahwin dengan pelakunya itu adalah isu yang berlainan, yang berkait dengan moral, dan saya rasa ia perlu diselesaikan dengan merujuk kepada konvensyen hak asasi manusia,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia 2016 di Dewan Tapak Ekspo Agro Malaysia (Maeps), Serdang hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahya berhubung perkahwinan antara perogol dan kanak-kanak mangsa rogol yang dibuat di Dewan Rakyat semalam.

Dalam kenyataannya, Shabuddin berkata, tiada salahnya bagi seorang mangsa rogol berkahwin dengan perogol, malah menyifatkan segelintir kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk perkahwinan.

Terdahulu, Nur Jazlan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 842 warga Jabatan Imigresen seluruh semenanjung Malaysia selepas melancarkan van Unit Penguatkuasa Bergerak Imigresen. - Utusan Malaysia
Hubungan Seks Dengan Mangsa Bawah Umur Tetap Jenayah Hubungan Seks Dengan Mangsa Bawah Umur Tetap Jenayah Reviewed by uMieySurianie on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.