Seo Services

Pasaran Saham AS Ditutup Rendah

Image result for NYSE
NEW YORK: Wall Street berakhir lebih rendah hari ini susulan penjualan pada sesi tengah hari berikutan isyarat daripada Rizab Persekutuan (Fed) bahawa ia akan mengubah dasar pelaburan bonnya tahun ini.

Berita itu menjejaskan rali yang dicetuskan oleh laporan pekerjaan sektor swasta yang teguh.

Pelabur juga bimbang dengan kemampuan pentadbiran Trump untuk melaksanakan janji pemotongan cukai dan ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pembuat dasar di Washington.

Kebanyakan Pembuatan dasar Fed merasakan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu wajar mengambil langkah untuk mengurangkan akaun imbangan duga sebanyak AS$4.5 trilion tahun ini selagi data ekonomi bagus.

Minit mesyuarat Fed juga menunjukkan ada pembuat dasar yang melihat harga saham agak tinggi berbanding pengukur penilaian standard.

Dalam hari dagangan sibuk hari ini, Dow Jones Industrial Average ditutup jatuh 41.09 mata, atau 0.2 peratus, pada 20,648.15, S&P 500 kehilangan 7.21 mata, atau 0.31 peratus, kepada 2,352.95 dan Nasdaq Composite susut 34.13 mata, atau 0.58 peratus, kepada 5,864.48. -Reuters
Pasaran Saham AS Ditutup Rendah Pasaran Saham AS Ditutup Rendah Reviewed by Azmin on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.