Seo Services

Sarawak Akan Bersama Malaysia Selama-Lamanya

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak mengulangi pendiriannya untuk kekal dalam persekutuan Malaysia, meskipun terdapat suara-suara mahupun kecenderungan dari kelompok tertentu untuk berpisah dari Malaysia.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah ada keinginan seumpama itu.

Menurutnya, menuntut hak-hak terkandung selaras dengan perjanjian outonomi bukan merupakan keinginan untuk keluar dari Malaysia.

“Tidak ada perkara seperti itu, kami akan selama-lamanya berada dalam Malaysia,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas langkah Sarawak untuk menolak pindaan Rang Undang-Undang Akta Setem 1949 kerana perkara tersebut melibatkan urusan tanah dan tanah merupakan hak autonomi Sarawak.

Abang Johari bagaimana pun mejelaskan, tuntutan Sarawak hanyalah melibatkan hak dan kuasa yang terhakis selaras dengan autonomi yang sepatutnya dimililiki Sarawak.

“Apabila kita minta kuasa balik daripada Putrajaya ke Petra Jaya, ada mengatakan bahawa mungkin permintaan kami ini secara tidak langsung memberikan kesan yang buruk.

“Apa yang kami minta adalah kuasa yang terhakis, kuasa yang pada asalnya pada perlembagaan adalah kuasa negeri tetapi terhakis secara langsung atau tidak langsung, yang kita tidak sedar,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Majlis Senator Malaysia (MSM) di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.- Sarawakiana
Sarawak Akan Bersama Malaysia Selama-Lamanya Sarawak Akan Bersama Malaysia Selama-Lamanya Reviewed by Admin on April 06, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.