Seo Services

Juara Olimpik Maraton Positif Doping



LONDON: Pemenang pingat emas acara maraton wanita Sukan Olimpik 2016, Jemima Sumgong disahkan positif ujian doping oleh Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) hari ini.

Sumgong, 32, yang menjadi atlet wanita Kenya pertama muncul juara maraton Olimpik didapati positif dadah peransang jenis Erythropoietin (EPO) menerusi satu ujian air kencing yang dilakukan sendiri IAAF secara mengejut di negaranya sendiri di luar dan dalam perrtandingan tetapi bukannya ketika pada temasya sukan di Rio de Janeiro, Brazil tahun lalu.

Jika sampel B air kencingnya juga didapati positif, masa depan Sumgong dilihat makin samar selain memberi satu lagi tamparan hebat kepada Kenya yang terkenal dengan kejaguhan dan reputasi tinggi atlet negara itu dalam acara jarak jauh olahraga.

Pada Sukan Olimpik 2016, Sumgong menewaskan atlet Bahrain kelahiran Kenya, Eunice Jepkirui yang memenangi perak. Kenya turut memenangi emas dalam acara maraton lelaki menerusi Eliud Kipchoge.- Reuters

Juara Olimpik Maraton Positif Doping Juara Olimpik Maraton Positif Doping Reviewed by uMieySurianie on April 07, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.