Siapa yang tidak kenal penyanyi popular dengan lagu Shape of You iaitu Ed Sheeran. Lagu penyanyi antarabangsa itu popular di seluruh dunia dan kajian mengatakan lagu penyanyi itu meningkatkan jualan makanan segera baru-baru ini.
Kajian itu dilakukan oleh Swedish Retail Institute dan Soundtrack Your Brand menyatakan kebanyakan restoran makanan segera memainkan lagu-lagu yang dapat menaikkan jualan sehingga 9.1 peratus, ujar Guardian.
Penjualan burger, kentang goreng dan pencuci mulut melonjak naik apabila lagu diputarkan. Lagu terbaru Ed Sheeran bertajuk Shape of You itu ternyata dapat menarik perhatian pelanggan Gen-Y untuk datang makan di kedai makanan segera.
Lagu yang rancak, moden dan ekspresif itu nampaknya memberi impak yang besar kepada peminat muzik zaman sekarang.
-Vitdaily
Lagu Ed Sheeran Punca Makanan Segera Laku?
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
April 07, 2017
Rating:

No comments: